Oksida asid

Oksida asid ialah oksida yang membentuk larutan berasid selepas ditambah air atau menjadi penerima ion hidroksida selaku sebuah asid Lewis.[1] Oksida asid lazimnya memiliki nilai pKa rendah dan boleh bercirikan organik atau tidak. Karbon dioksida, sejenis oksida asid lazim, membentuk asid karbonik, sebuah larutan berasid selepas dilarutkan.[2] Oksida-oksida asid memberi ancaman alam sekitar kerana boleh bertindak balas dengan wap air dalam atmosfera lalu menghasilkan hujan asid.Keasidan suatu oksida boleh diramal berdasarkan juzuk-juzuk oksida. Unsur-unsur lebih elektronegatif cenderung untuk membentuk oksida asid seperti fosforus pentoksida, tetapi unsur-unsur kurang elektronegatif bercenderung untuk membentuk oksida bes seperti natirum oksida dan magnesium oksida. Sesetengah oksida seperti aluminium oksida adalah amfoterik (memiliki kedua-dua ciri asid dan bes).[3]